Thursday, 15 December 2011
Wednesday, 14 December 2011
Rancangan Pengajaran Bahasa Malaysia Tahun 3
Rancangan Pengajaran Harian
Bahasa Melayu Tahun 3
Masa 60 minit
Tahun Tahun 3
Mata Pelajaran Bahasa MelayuTahun 3
Unit 7
Aras 1
Tema Makanan Berasaskan Pertanian
Tajuk Makanan Berasaskan Pertanian
Hasil Pembelajaran ( Fokus utama)
4.2. Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman
dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain
Aras 3
i. Mengemukakan pandangan yang membina tentang sesuatu perkara yang dilihat,
dibaca atau didengar.
8.2. Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan
teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3
i. Membina pelbagai jenis ayat dalam sesuatu penulisan teks.
11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya
Aras 1
i. Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca
Hasil Pembelajaran (fokus sampingan)
7.2. Membaca dan mengenal pasti perkataan pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera
dan bukan sastera
Aras 1: Mengecam perkataan istilah dan ayat dalam karya prosa dan puisi yang dibaca
Objektif
Sebelum pelajaran ini berakhir:
1. i. Secara berpasangan pelajar dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua ayat tunggal dalam perbualan yang sesuai dengan situasi.
2. ii. Setiap murid dapat menulis sekurang-kurangnya empat ayat tunggal dalam borang pengurusan grafik makanan berasaskan pertanian.
Pengetahuan sedia ada :
Murid daripada keluarga pertanian dan tahu akan hasil- hasil pertanian
Bahan Bantu belajar :
Teks, gambar digital, :lembaran kerja,
Sistem bahasa :
a) Morfologi kata adjektif seperti
b) Sintaksis : ayat tunggal
c) sebutan dan intonasi : kesantunan berbahasa
d) kosa kata : timbus, lembap, subur, bertuah
Langkah dan Masa
Huraian hasil pembelajaran dan kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Set Induksi
5 minit
1. Kepentingan makanan daripada pertanian
1. Murid melihat gambar- gambar buah- buahan melalui gambar
Murid menjawab soalan guru
a) Apakah nama buah- buahan yang anda dilihat?
b) Di mana boleh didapati buah-buahan tersebut?
c) Apakah khasiat memakan buah-buahan?
d) Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran?
( makanan berasaskan
pertanian )
BBM.
Gambar buahan
Langkah 1
10 minit
4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan
pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain
1. Guru menunjukkan gambar pokok pisang
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang pisang
- Kegunaan daun pisang
- buah pisang
- jenis-jenis pisang
- pisang yang ditanam oleh pelajar
3. Guru menunjukan gambar hasil daripada buah pisang
4. Guru meminta dua orang murid mencerita pengalaman mereka
BBM:
Gambar
–pokok
pisang, hasil daripada buah pisang.
Nilai ;
Kebersihan sewaktu membuat kerepek, memasak
goreng pisang membantu ibu atau keluarga mereka membuat
kerepek
Langkah 2
20 minit
Aras 3
Mengemukakan pandangan yang membina tentang
sesuatu perkara yang dilihat, dibaca atau didengar.
Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
1. Guru menunjukkan buah- buah yang lain seperti gambar pokok , buah kelapa dan kelapa sawit..
2. Guru mengutarakan beberapa soalan kepada murid tentang kegunaannya dan hasil makanan yang diperolehi
dari tanaman tersebut.
3. Makanan yang dihasilkan daripada tanaman- tanaman lain seperti nenas, betik dan lain-lain
4. Murid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul
BBM:
Teks
5. Guru dan murid berbincang tentang teks tadi
6. Murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar
tanaman tadi.
Langkah 3
20 minit
Aras 1
Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca.
1. Guru membahagi murid kepada 3 orang dalam satu kumpulan
2. Murid menjawab lembaran kerja teka silangkata dalam kumpulan
-Ketua kumpulan membaca jawapan
3. Murid menulis 4 ayat tunggal berdasarkan makanan berasaskan pertanian
BBM:
Teka silang kata/lembaran kerja/komputer
KB: Menjawab teka silang kata
Kecerdasan
pelbagai
Penutup
5 minit
1 Guru dan murid bersajak bertemakan buah-buahan
Carta Sajak
Subscribe to:
Posts (Atom)